Monday, August 9, 2010

EPILOG SYURGA CINTA SITI KELEMBAI.....

fuhhhhh...... alhamdulillah. akhirnya aku dapat berposting-posting semula.

2 job skrip drama bersiri bersama MIG telah disempurnakan tanggungjawab dan kepercayaan berterusan  yang  diberikan MADAME JANE dan dua director AZHARI ZAIN  dan BOB -bobby. Terima kasih.

yups! tajuk entry kat atas tu  cantuman dua title drama bersiri iaitu EPILOG SYURGA CINTA dan SITI KELEMBAI.

EPILOG SYURGA CINTA  (28 episode) sudah pun mula ditayangkan di TV3 untuk slot Akasia sejak 2 Ogos 2010 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama Ramadhan gamaknya! tapi taklah difokuskan pasal bulan puasa pulak....

okey, aku just nak kongsi di sebalik tabir sebelum terhasilnya skrip EPILOG SYURGA CINTA ni sampailah apa yang on-air lar ni.

Cerita ni sepatutnya ditulis oleh orang lain. Tapi entah apa kes, penulis asalnya tak dapat deliver skrip; yang bestnya terus menghilang. Pihak stesen dah bagi TX. Produser dah pening, ikut kiraan dah kena shoot 2 minggu lagi. Skrip takder! Abis tu....???

Aku dapat panggilan dari Tuan Director (AZHARI ZAIN). Mula-mula aku ingat mesti lama lagi ni nak shoot. Malam tu gak Director ambik aku pergi rumah big boss MIG (DAVID TEO).  Maka bermula lah MADAME JANE ni buka cerita....

Aku terkedu bila ditanya : "u sanggup tak?". Hah! 2 minggu nak buat skrip 28 episode?!. Aku tak sanggup. Aku tolak. Tapi si Director ni memang power ayatnya pujuk aku....aku pandang dia. atas dasar kawan dan niatnya, aku amik job tu selepas dipersetujui beberapa perkara termasuk skrip akan dihantar secara 2 blok (14 + 14)

Balik rumah aku pening.....hehehe. Mampus aku!. Ini amanah dan aku pula dah setuju! nak tak nak kena buat sebaik mungkin dalam masa yang sendat ni. Fikir punya fikir aku kena panggil panel aku yang mesti pantas. Nama HARIS muncul. Aku call HARIS. Kitarorang jumpa keesokannya dan terus discuss semua termasuk beberapa pindaan sinopsis dibuat. Aku dan HARIS dapat kata sepakat untuk bergabung sekali lagi selepas SURI BAKAWALI.  HARIS kan buat 1st draf skrip dan selebihnya tugas aku untuk menambah dan mengeditnya semula. Dalam masa yang sama pulak, HARIS ada beberapa hal yang perlukan komitmennya. tapi aku bangga punya kawan sepertinya yang sanggup untuk buat job ni jugak. terima kasih HARIS!

7 hari kemudian, kami siap 14 episode. Hari ke 9, selepas aku touch-up kali terakhir; aku jumpa JANE dan hantarsoftcopy  naskhah skrip tu. Hari ke 11, aku dipanggil director dan produser. skrip itu tidak dipersetujui. kata mereka terlalu berat dan tak sesuai untuk tanyang petang bulan puasa - waktu orang nak berbuka perlu santai-santai. Alamak! aku ke yang silap? tapi bagi aku takderlah berat mana citer  tu. sebab aku rasa comedynya ada dalam 80%. Hurmmmmm.....mampus aku ! apa yang dorang tak tau,  aku dan HARIS dah siap sampai episode 21, cuma aku belum edit sepenuhnya lagi.

Aku jadi serba salah. Camner aku nak bagitau HARIS, nak kena sesun dan buat balik skrip ni. Aku call HARIS, HARIS cakap dia dah buat 1st draf skrip sampai 23. Aku minta HARIS stop dan aku nak jumpa. Kami jumpa, aku terus terang apa yang terjadi. HARIS sedikit ralat sebab tak dapat nak buat olahan lagi skrip tu sebab dia punya komitmen lain. aku faham. Aku janji sama dia, apa yang dia buat takkan sia-sia atau percuma. HARIS mengundur diri dari job ini. Aku pening! aku mohon bantuan ALLAH.... hijab pun terbuka....

Bermula lah fasa ke-2 pembikinan skrip baru EPILOG SYURGA CINTA! antara aku dengan anak didik aku iaitu EMEL AZRI. kami pernah menghasil skrip JERSI 9 untuk TV 9 secara bersama. bergabu waktu yang sama, team production dah nak gi shoot. Aku bincang dengan director. Director akan shoot main plot dan watak utama sahaja dulu dan aku pulak takkan ubah plot utama dan scene antara 3 watak utama iaitu IRHAM, SYUHADA dan MI berdasarkan skrip yang telah dihantar.

Nak dijadikan cerita, si director pula akan pergi umrah pulak dan selama 15 hari tu nanti tugasnya akan diambil alih oleh AD (CHILL).

macam nak gila si EMEL buat olahan semula skrip ni dan tambah yang lain lagi. Setiap malam aku dengan EMEL discuss. Pecah kepala! 1 hari 2 skrip kami dapat buat. EMEL semakin improve! tapi untuk job ni EMEL dah tak srupa orang hidupnya! Kalut semalut-malutnya. tapi EMEL tetap tabah ...sabar yer EMEL....hehehe....

Tengah dok berperang dengan skrip ni, sekali lagi MIG serahkan tanggungjawab menghasilkan skrip SITI KELEMBAI berdasarkan sinopsis episode yang ditulis oleh panel skrip aku yang baru iaitu EJA LORENA dan aku telah buat beberapa penambah-baikan dan cantuman idea terakhir, juga dari panel terbaru aku iaitu SHIDA GHAZALI. Alhamdulillah...job berterusan dan panel aku adalah gak kerjanya....

Ermmmm.... SITI KELEMBAI ni 20 episode untuk slot Lagenda TV3 juga dan diarahkan oleh ISMAIL BOB HASHIM. Tarikh shooting dah tau. TX pun dah tahu. Apa lagi bermulalah perjalanan SITI KELEMBAI yang 1st draf skripnya akan datang dari gabungan EJA LORENA dan SHIDA GHAZALI. Sementara tugas aku seperti biasa yang aku buat sama EMEL dan HARIS.

Seperti yang dijanjikan pada produser, skrip versi  baru EPILOG SYURGA CINTA  siap menurut apa yang diperbincangkan dan dikehendaki oleh Director dan Produser. aku dgn EMEL syukur tak terkata dapat menyiapkan juga. Nafas lega dilepaskan sepanjang-panjangnya.........

Tapi lain pula jadinya kat set EPILOG SYURGA CINTA ni, AD telah mengabungkan 2 skrip lama dan baru. aku percaya dia boleh buat tapi perlu berhati-hati. Silap aribulan, masak.....!

 Aku mula tenggelam dalam sebuah skrip filem dan dalam masa yang sama menyelesaikan skrip SITI KELEMBAI. Aku terpaksa minta EJA LORENA stop menulis dulu sebab dia begitu busy dengan perihal lain. Sebagai contoh dari episode 1 hingga 10, SHIDA buat 9 dan 1 dari EJA. masa semakin suntuk. sementara SHIDA meneruskan sampai garisan yang telah aku buat untuknya.

Bagi aku SHIDA ada sense of humuor nya yang tersendiri. bakat menulis dan berfantasinya pun ada. Aku suka cara dia bekerja. Sementara EJA LORENA ada idea dan bakat penulisannya perlu dipertajamkan dan paling penting tak boleh hilang fokus.

sedang aku asyik masyuk pada skrip episode 16 SITI KELEMBAI, aku diminta untuk sekali lagi oleh director EPILOG SYURGA CINTA untuk menulis, merubah atau menulis semula skrip episode 25-28 untuk cuba menjalinkan semula apa yang telah dibuat hasil gabungan skrip lama dan skrip baru. apa yang aku risau telah pun terjadi. aku enggan melakukannya kerana  tak tahu cerita keseluruhan yang diubah. lagipun aku ada komitmen lain pula. tapi ini lah aku...balik aku berfikir. mengenangkan itu kerja aku, aku mengalah. aku lakukan menurut rasa hati di waktu itu dan berdasarkan summary yang dibuat tuan director pada aku.

ketika SITI KELEMBAI sudah sampai ke eipsode 17, aku fokus pada skrip EPILOG SYURGA CINTA  kembali.

Dengan izin Allah, siaplah olahan terbaru episod 25 hingga 28 EPILOG SYURGA CINTA dan sehari kemudian SITI KELEMBAI juga turut berakhir skripnya. Maha Bijaksana dan Maha Luas Santunan-MU yang membantu dan menguatkan aku melaksanakan amanah ini. Sungguh rezeki dari-Nya terus melimpah.... dan aku hamba-Nya menjemputnya! Amin!

Monday, July 5, 2010

BERANDAL pun mencelah...

dari seberang karya sahabat aku ini datang....aku teruja!

kemudian aku jadi ngilu sendiri bila hajat sobat aku ini begitu membuat aku tertunduk malu pada Ilahi.

aku sempurnakan  membaca, mengedit dan menambah  di akhir April 2010. lama aku bertangguh kerana mencari ruang waktu yang nyaman untuk mengolahnya.

dek capek dengan RATU IMAN aku beralih ke BERANDAL. sungguh sangat BERANDAL jadinya!

sebuah filem Indonesia yang ketika entry ini ditulis begitu giat menjalani pengambaran. IKO UWAIS tonggak utamanya. sampai waktunya nanti aku kan jemput IKO bertandang dalam karya aku pula. Insya'Allah!

semoga BERANDAL orang yang MERANTAU terus bernafas MEREMPUH KARMA!

al-kisahnya RATU IMAN....

2 tahun skrip filem ini berada dalam simpanan tuan director SAW TIONG HIN dan tahun ni baru mejengah berita gembira yang naskah itu akan dibawa ke layar besar. jika tiada aral melintang selepas raya ini bermulalah shooting.


namun beberapa rombakan dibuat untuk memenuhi tuntutan produser dan kononnya kerana perkembangan semasa. Maka dirombaklah menurut kemahuan itu sedari bulan April 2010 bersama gabungan idea dari sang sutradara yang banyak ilmu yang aku perolehi darinya.


maka berubahlah skrip itu menjadi filem muzikal!


aku dan director berkongsi gembira dengan nahu skrip baru ini.


tapi kegembiraan itu hanya seketika, apabila skrip yang telah diolah tak terkira itu diminta olah sekian kalinya. aduhai! apalagi yang tak kena? sedang yang tertulis apa yang mereka hendak.


katanya hanya perubahan sedikit tapi hakikatnya jika dituruti apa yang  mereka mahu akan merubah keseluruhan cerita. itu yang mereka tidak sedar. mujur kelibat tuan director tu yang menyebabkan aku masih bertahan lagi ni.


aku kena melupakan seketika RATU IMAN(working title) sebeum aku membaikpulih benda yang dah pulih ni, dengan memberi penumpuan pada karya yang lain terlebih dahulu.


mengapa?


kerana manusia ini mudah dihiggapi rasa jemu, jumud dan bukannya jenglot tau!




* tangan kanan sebenarnya dah hilang gatalnya....

Tuesday, March 16, 2010

nikmat JERSI 9 menjadi SURI BAKAWALI dikongsi bersama....

masih terasa letihnya....
masih tersisa kudrat....
setelah hampir sebulan lebih melalui perjalanan rohani  untuk menyiapkan dua buah skrip filem baru. alhamdulillah rezeki terus bertandang. Ya Razzaq Ya Fattahhu Ya A'lim Birahmathika Astaghis.


Dalam masa yang sama diberikan amanah untuk skrip dua drama bersiri (13 episode) yang diterbitkan oleh dua produksi iaitu NAFALIA CORPORATION & MiG BEATS. Mujur  ada  yang membantu, kiranya dorang ni macam panel skrip akulah iaitu EIMEL untuk drama  JERSI 9  terbitan  NAFALIA dan HARIS  untuk drama seram SURI BAKAWALI. Ironinya kedua-dua drama ni untuk TV9.  


JERSI 9 sebuah drama siri  khas sempena berlangsungnya Piala Dunia nanti dan diarahkan oleh FAIRUZ LOY yang akan memulakan pengambaran 20 Mac ini. Manakala SURI BAKAWALI tanggungjawabnya dipikul oleh AZIZ (Pengarah drama bersiri Jangan Tegur) untuk mengisi slot Ratu dan akan memulakan pengambaran awal April ini pula. Semoga terlaksana setiap perancangan mereka.


Jujurnya... kebiasaannya untuk projek drama bersiri aku serahkan pada dua panel aku tu untuk mencorakkan ceritanya pada fasa 1 setelah melalui proses brainstorm bersama aku untuk keseluruhan cerita. aku akan diberikan outline @ treatment yang sudah dibuat untuk keseluruhan cerita dan tiap episode. Fasa 2 - aku akan edit @ menambah nilai lagi apa yang patut dan bermulalah skrip ditulis. Manakala di fasa terakhir (fasa 3) : sesudah semua skrip siap dan diserahkan pada aku, aku akan membacanya dan memulakan proses edit skrip dan memberi sentuhan terakhir pada karya tersebut menurut piawaian yang telah aku berikan pada tiap naskah skrip (piawaian yang berbeza untuk tiap genre). sesudah itu, barulah aku serahkan skrip tersebut pada produser. 


Begitulah secara kasar kami bekerja untuk menyiapkan semua draf pertama skrip drama bersiri. sekiranya berlaku sebarang pindaan, pertambahan dan perubahan skrip yang diminta oleh prodeser @ pengarah - aku sendiri akan mengolahnya semula.


Tetapi untuk skrip filem, semuanya ditanggung dan dilaksanakan oleh aku sendiri atas sebab musabab yang telah difahami oleh dua panel aku tadi.


Terima kasih Mr. Najib & Mrs. Jane untuk projek drama bersiri itu! 

Friday, February 26, 2010

teaser : MANTRA

Nafas 5: WAHAI JIWA...HENTIKAN TANGISANMU!




Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali.

Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak
sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Fuhh…sungguh semua itu telah
hadirkan nelangsa (sedih) yang begitu menggelora dalam jiwa.

Sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan
kaki menuju majlis-majlis ilmu, ke himpunan zikir yang akan mengantarkan pada
ketentraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia
diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita
inginkan dapat terbukti, tidak setiap yang kita mau boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: mesti sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahawa hakikatnya itu semua pemberian ALLAH
hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering
tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya
apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa
yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jabatan, kedudukan pasti akan ALLAH sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita mampu miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH. (Kami jelaskan yang demikian
itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu
jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai
setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ;22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ‘menyuruh’ ALLAH tentang jodoh kita,bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ‘menyuruh’  ALLAH: “Asalkan dia Ya ALLAH… mesti dia, kerana aku sangat mencintainya.”

Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya
kalaupun ALLAH memberikanya maka itu bukanlah yang terbaik.  Boleh jadi ALLAH tak
mengulurkanya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkanya dengan marah kerana niat kita
yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari ALLAH :

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi
kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.ALLAH Maha mengetahui kalian
tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap
apa-apa yang luput darimu. Setelah ini mesti benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini mesti benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Sebab seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Friday, January 15, 2010

NGANGKUNG ke PETAKA EKOR ke NYANGKUNG kembali NGANGKUNG....


alhamdulillah...satu lagi skrip aku ke layar perak.
petang tadi (Khamis : 14/1/10) di mines, sri kembangan semuanya berjalan lancar dari proses last meeting production sehinggalah ke majlis perlancaran  dan doa selamat untuk pengambaran filem  NGANGKUNG di Kuala Selangor sepenuhnya.

Idea asal cerita ni dari pengarahnya sendiri, Ismail 'Bob' Hasim. Aku ingat lagi, masa mula-mula dia nak bawak idea cerita ni kat aku. Masa tu aku kat lokasi filem MANTRA di Lenggong, Perak, dia sanggup datang sambil melihat kawan lain di situ. Tapi kedatangannya secara mengejut, manalah aku tahu ada next job lak. Malangnya kitaorang tak jumpa pun, aku kebetulan pada hari tersebut balik KL. Hahahahah.... pendek cerita jumpa kat MIG dua hari kemudiannya. Lepas aku dengar hajat hatinya, aku setuju...

10 hari kemudian, skrip siap sepenuhnya. aku namakan NGANGKUNG dan dipersetujui oleh director. tapi Mr. David tak mau. baginya susah - orang muda tak faham. ahaks! katanya lagi, mahu marketing susah maaa.... okey aku kena cari idea tajuk lain.

sampai masa 1st meeting , tajuk dah jadi PETAKA EKOR. Selepas meeting, Mr. David datang tengok tajuk, tak setuju gak. katanya, ini nampak heavy maaa, u punya citer komedi-horror maa, carik lain title." ahaks!

ubah sikit skrip dan ubah tajuk lagi , jadi NYANGKUNG pulak. sebab  dalam kamus DBP ada perkataan tu tapi NGANGKUNG takder. yang tu perkataan dialek jawa atau banjar. Hurmmm...aku okey jer. semua pun okey.  kalo ikut hati nak jer aku taruk title SAKAT!, tapi biarlah.... mungkin untuk next job ker.

sehari sebelum majlis yang berlaku tadi, aku ubah lagi skrip selepas satu discussion khas pada malam sebelumnya dengan director, assistant director dan p.m di subang. time ni aku jadi angin.... nyamankan semua orang. hahahahaha...... semoga perjalanan filem ini di bawah naungan rahmat dan redha Tuhan.

Tup...tup.... sampai majlis tadi, tajuknya kembali kepada NGANGKUNG. Hurmmmm....aku senyum sendiri.