Monday, August 9, 2010

EPILOG SYURGA CINTA SITI KELEMBAI.....

fuhhhhh...... alhamdulillah. akhirnya aku dapat berposting-posting semula.

2 job skrip drama bersiri bersama MIG telah disempurnakan tanggungjawab dan kepercayaan berterusan  yang  diberikan MADAME JANE dan dua director AZHARI ZAIN  dan BOB -bobby. Terima kasih.

yups! tajuk entry kat atas tu  cantuman dua title drama bersiri iaitu EPILOG SYURGA CINTA dan SITI KELEMBAI.

EPILOG SYURGA CINTA  (28 episode) sudah pun mula ditayangkan di TV3 untuk slot Akasia sejak 2 Ogos 2010 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama Ramadhan gamaknya! tapi taklah difokuskan pasal bulan puasa pulak....

okey, aku just nak kongsi di sebalik tabir sebelum terhasilnya skrip EPILOG SYURGA CINTA ni sampailah apa yang on-air lar ni.

Cerita ni sepatutnya ditulis oleh orang lain. Tapi entah apa kes, penulis asalnya tak dapat deliver skrip; yang bestnya terus menghilang. Pihak stesen dah bagi TX. Produser dah pening, ikut kiraan dah kena shoot 2 minggu lagi. Skrip takder! Abis tu....???

Aku dapat panggilan dari Tuan Director (AZHARI ZAIN). Mula-mula aku ingat mesti lama lagi ni nak shoot. Malam tu gak Director ambik aku pergi rumah big boss MIG (DAVID TEO).  Maka bermula lah MADAME JANE ni buka cerita....

Aku terkedu bila ditanya : "u sanggup tak?". Hah! 2 minggu nak buat skrip 28 episode?!. Aku tak sanggup. Aku tolak. Tapi si Director ni memang power ayatnya pujuk aku....aku pandang dia. atas dasar kawan dan niatnya, aku amik job tu selepas dipersetujui beberapa perkara termasuk skrip akan dihantar secara 2 blok (14 + 14)

Balik rumah aku pening.....hehehe. Mampus aku!. Ini amanah dan aku pula dah setuju! nak tak nak kena buat sebaik mungkin dalam masa yang sendat ni. Fikir punya fikir aku kena panggil panel aku yang mesti pantas. Nama HARIS muncul. Aku call HARIS. Kitarorang jumpa keesokannya dan terus discuss semua termasuk beberapa pindaan sinopsis dibuat. Aku dan HARIS dapat kata sepakat untuk bergabung sekali lagi selepas SURI BAKAWALI.  HARIS kan buat 1st draf skrip dan selebihnya tugas aku untuk menambah dan mengeditnya semula. Dalam masa yang sama pulak, HARIS ada beberapa hal yang perlukan komitmennya. tapi aku bangga punya kawan sepertinya yang sanggup untuk buat job ni jugak. terima kasih HARIS!

7 hari kemudian, kami siap 14 episode. Hari ke 9, selepas aku touch-up kali terakhir; aku jumpa JANE dan hantarsoftcopy  naskhah skrip tu. Hari ke 11, aku dipanggil director dan produser. skrip itu tidak dipersetujui. kata mereka terlalu berat dan tak sesuai untuk tanyang petang bulan puasa - waktu orang nak berbuka perlu santai-santai. Alamak! aku ke yang silap? tapi bagi aku takderlah berat mana citer  tu. sebab aku rasa comedynya ada dalam 80%. Hurmmmmm.....mampus aku ! apa yang dorang tak tau,  aku dan HARIS dah siap sampai episode 21, cuma aku belum edit sepenuhnya lagi.

Aku jadi serba salah. Camner aku nak bagitau HARIS, nak kena sesun dan buat balik skrip ni. Aku call HARIS, HARIS cakap dia dah buat 1st draf skrip sampai 23. Aku minta HARIS stop dan aku nak jumpa. Kami jumpa, aku terus terang apa yang terjadi. HARIS sedikit ralat sebab tak dapat nak buat olahan lagi skrip tu sebab dia punya komitmen lain. aku faham. Aku janji sama dia, apa yang dia buat takkan sia-sia atau percuma. HARIS mengundur diri dari job ini. Aku pening! aku mohon bantuan ALLAH.... hijab pun terbuka....

Bermula lah fasa ke-2 pembikinan skrip baru EPILOG SYURGA CINTA! antara aku dengan anak didik aku iaitu EMEL AZRI. kami pernah menghasil skrip JERSI 9 untuk TV 9 secara bersama. bergabu waktu yang sama, team production dah nak gi shoot. Aku bincang dengan director. Director akan shoot main plot dan watak utama sahaja dulu dan aku pulak takkan ubah plot utama dan scene antara 3 watak utama iaitu IRHAM, SYUHADA dan MI berdasarkan skrip yang telah dihantar.

Nak dijadikan cerita, si director pula akan pergi umrah pulak dan selama 15 hari tu nanti tugasnya akan diambil alih oleh AD (CHILL).

macam nak gila si EMEL buat olahan semula skrip ni dan tambah yang lain lagi. Setiap malam aku dengan EMEL discuss. Pecah kepala! 1 hari 2 skrip kami dapat buat. EMEL semakin improve! tapi untuk job ni EMEL dah tak srupa orang hidupnya! Kalut semalut-malutnya. tapi EMEL tetap tabah ...sabar yer EMEL....hehehe....

Tengah dok berperang dengan skrip ni, sekali lagi MIG serahkan tanggungjawab menghasilkan skrip SITI KELEMBAI berdasarkan sinopsis episode yang ditulis oleh panel skrip aku yang baru iaitu EJA LORENA dan aku telah buat beberapa penambah-baikan dan cantuman idea terakhir, juga dari panel terbaru aku iaitu SHIDA GHAZALI. Alhamdulillah...job berterusan dan panel aku adalah gak kerjanya....

Ermmmm.... SITI KELEMBAI ni 20 episode untuk slot Lagenda TV3 juga dan diarahkan oleh ISMAIL BOB HASHIM. Tarikh shooting dah tau. TX pun dah tahu. Apa lagi bermulalah perjalanan SITI KELEMBAI yang 1st draf skripnya akan datang dari gabungan EJA LORENA dan SHIDA GHAZALI. Sementara tugas aku seperti biasa yang aku buat sama EMEL dan HARIS.

Seperti yang dijanjikan pada produser, skrip versi  baru EPILOG SYURGA CINTA  siap menurut apa yang diperbincangkan dan dikehendaki oleh Director dan Produser. aku dgn EMEL syukur tak terkata dapat menyiapkan juga. Nafas lega dilepaskan sepanjang-panjangnya.........

Tapi lain pula jadinya kat set EPILOG SYURGA CINTA ni, AD telah mengabungkan 2 skrip lama dan baru. aku percaya dia boleh buat tapi perlu berhati-hati. Silap aribulan, masak.....!

 Aku mula tenggelam dalam sebuah skrip filem dan dalam masa yang sama menyelesaikan skrip SITI KELEMBAI. Aku terpaksa minta EJA LORENA stop menulis dulu sebab dia begitu busy dengan perihal lain. Sebagai contoh dari episode 1 hingga 10, SHIDA buat 9 dan 1 dari EJA. masa semakin suntuk. sementara SHIDA meneruskan sampai garisan yang telah aku buat untuknya.

Bagi aku SHIDA ada sense of humuor nya yang tersendiri. bakat menulis dan berfantasinya pun ada. Aku suka cara dia bekerja. Sementara EJA LORENA ada idea dan bakat penulisannya perlu dipertajamkan dan paling penting tak boleh hilang fokus.

sedang aku asyik masyuk pada skrip episode 16 SITI KELEMBAI, aku diminta untuk sekali lagi oleh director EPILOG SYURGA CINTA untuk menulis, merubah atau menulis semula skrip episode 25-28 untuk cuba menjalinkan semula apa yang telah dibuat hasil gabungan skrip lama dan skrip baru. apa yang aku risau telah pun terjadi. aku enggan melakukannya kerana  tak tahu cerita keseluruhan yang diubah. lagipun aku ada komitmen lain pula. tapi ini lah aku...balik aku berfikir. mengenangkan itu kerja aku, aku mengalah. aku lakukan menurut rasa hati di waktu itu dan berdasarkan summary yang dibuat tuan director pada aku.

ketika SITI KELEMBAI sudah sampai ke eipsode 17, aku fokus pada skrip EPILOG SYURGA CINTA  kembali.

Dengan izin Allah, siaplah olahan terbaru episod 25 hingga 28 EPILOG SYURGA CINTA dan sehari kemudian SITI KELEMBAI juga turut berakhir skripnya. Maha Bijaksana dan Maha Luas Santunan-MU yang membantu dan menguatkan aku melaksanakan amanah ini. Sungguh rezeki dari-Nya terus melimpah.... dan aku hamba-Nya menjemputnya! Amin!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.