Tuesday, March 16, 2010

nikmat JERSI 9 menjadi SURI BAKAWALI dikongsi bersama....

masih terasa letihnya....
masih tersisa kudrat....
setelah hampir sebulan lebih melalui perjalanan rohani  untuk menyiapkan dua buah skrip filem baru. alhamdulillah rezeki terus bertandang. Ya Razzaq Ya Fattahhu Ya A'lim Birahmathika Astaghis.


Dalam masa yang sama diberikan amanah untuk skrip dua drama bersiri (13 episode) yang diterbitkan oleh dua produksi iaitu NAFALIA CORPORATION & MiG BEATS. Mujur  ada  yang membantu, kiranya dorang ni macam panel skrip akulah iaitu EIMEL untuk drama  JERSI 9  terbitan  NAFALIA dan HARIS  untuk drama seram SURI BAKAWALI. Ironinya kedua-dua drama ni untuk TV9.  


JERSI 9 sebuah drama siri  khas sempena berlangsungnya Piala Dunia nanti dan diarahkan oleh FAIRUZ LOY yang akan memulakan pengambaran 20 Mac ini. Manakala SURI BAKAWALI tanggungjawabnya dipikul oleh AZIZ (Pengarah drama bersiri Jangan Tegur) untuk mengisi slot Ratu dan akan memulakan pengambaran awal April ini pula. Semoga terlaksana setiap perancangan mereka.


Jujurnya... kebiasaannya untuk projek drama bersiri aku serahkan pada dua panel aku tu untuk mencorakkan ceritanya pada fasa 1 setelah melalui proses brainstorm bersama aku untuk keseluruhan cerita. aku akan diberikan outline @ treatment yang sudah dibuat untuk keseluruhan cerita dan tiap episode. Fasa 2 - aku akan edit @ menambah nilai lagi apa yang patut dan bermulalah skrip ditulis. Manakala di fasa terakhir (fasa 3) : sesudah semua skrip siap dan diserahkan pada aku, aku akan membacanya dan memulakan proses edit skrip dan memberi sentuhan terakhir pada karya tersebut menurut piawaian yang telah aku berikan pada tiap naskah skrip (piawaian yang berbeza untuk tiap genre). sesudah itu, barulah aku serahkan skrip tersebut pada produser. 


Begitulah secara kasar kami bekerja untuk menyiapkan semua draf pertama skrip drama bersiri. sekiranya berlaku sebarang pindaan, pertambahan dan perubahan skrip yang diminta oleh prodeser @ pengarah - aku sendiri akan mengolahnya semula.


Tetapi untuk skrip filem, semuanya ditanggung dan dilaksanakan oleh aku sendiri atas sebab musabab yang telah difahami oleh dua panel aku tadi.


Terima kasih Mr. Najib & Mrs. Jane untuk projek drama bersiri itu!