Friday, January 15, 2010

NGANGKUNG ke PETAKA EKOR ke NYANGKUNG kembali NGANGKUNG....


alhamdulillah...satu lagi skrip aku ke layar perak.
petang tadi (Khamis : 14/1/10) di mines, sri kembangan semuanya berjalan lancar dari proses last meeting production sehinggalah ke majlis perlancaran  dan doa selamat untuk pengambaran filem  NGANGKUNG di Kuala Selangor sepenuhnya.

Idea asal cerita ni dari pengarahnya sendiri, Ismail 'Bob' Hasim. Aku ingat lagi, masa mula-mula dia nak bawak idea cerita ni kat aku. Masa tu aku kat lokasi filem MANTRA di Lenggong, Perak, dia sanggup datang sambil melihat kawan lain di situ. Tapi kedatangannya secara mengejut, manalah aku tahu ada next job lak. Malangnya kitaorang tak jumpa pun, aku kebetulan pada hari tersebut balik KL. Hahahahah.... pendek cerita jumpa kat MIG dua hari kemudiannya. Lepas aku dengar hajat hatinya, aku setuju...

10 hari kemudian, skrip siap sepenuhnya. aku namakan NGANGKUNG dan dipersetujui oleh director. tapi Mr. David tak mau. baginya susah - orang muda tak faham. ahaks! katanya lagi, mahu marketing susah maaa.... okey aku kena cari idea tajuk lain.

sampai masa 1st meeting , tajuk dah jadi PETAKA EKOR. Selepas meeting, Mr. David datang tengok tajuk, tak setuju gak. katanya, ini nampak heavy maaa, u punya citer komedi-horror maa, carik lain title." ahaks!

ubah sikit skrip dan ubah tajuk lagi , jadi NYANGKUNG pulak. sebab  dalam kamus DBP ada perkataan tu tapi NGANGKUNG takder. yang tu perkataan dialek jawa atau banjar. Hurmmm...aku okey jer. semua pun okey.  kalo ikut hati nak jer aku taruk title SAKAT!, tapi biarlah.... mungkin untuk next job ker.

sehari sebelum majlis yang berlaku tadi, aku ubah lagi skrip selepas satu discussion khas pada malam sebelumnya dengan director, assistant director dan p.m di subang. time ni aku jadi angin.... nyamankan semua orang. hahahahaha...... semoga perjalanan filem ini di bawah naungan rahmat dan redha Tuhan.

Tup...tup.... sampai majlis tadi, tajuknya kembali kepada NGANGKUNG. Hurmmmm....aku senyum sendiri.

Wednesday, January 6, 2010

nafas 4: HARI NIE GUE CAPEK! tapi happy.....


Selasa - 8 pagi : aku  send email  kat Azahari MIG; revisi skrip filem Petaka Ekor yang dah aku tukar namanya dari Ngangkung, jadi pulak Sakat tapi kemudian ditukar semula pada Nyangkung. Apasal tak leh guna Ngangkung sebab takde dalam kamus.  tapi setahu aku itu dari perkataan orang Banjar. tapi lantak lah, aku bukan orang Dewan Bahasa dan Pustaka.


seawal 9 pagi (selasa), aku dah siap sedia turun ke kajang. pergi jabatan agama. jadi saksi pengakuan bujang kawan aku yg nak kahwin bulan 3 kat indonesia. akad nikahnya nanti kat masjid pondok indah, jogja.  giler jauh jodoh kawan aku ni. itulah yang dinamakan jodoh. siapa dia? ahaks! biarlah rahsia.... ish....bukan taknak hebahkan berita baik ni,  maybe pelakon karismatik ni yang nak gitau sendiri kat umum nanti. hah! kan dah tercakap lak.... dah lah aku rentikan citer kawan aku ni.


pas settle kan urusan dia dalam pukul 11.30, aku dgn Azhar gerak ke Kota Damansara. pi ofis Hijjaz. Dorang nak buat video clip group Hijjaz dan Saujana. katanya nak cuba buat pembaruan dlm video klip nasyid. so aku past kan projek tu kat Azhar. lagipun lama gak aku tak gi jumpa Faizal (abai) dgn Munif. Banyak gak lah hal diborakkan dari jam 12.30 mbawa 3 ptg. yang bestnya, Atie jadi serba salah bila tengok aku. malu katanya. aku faham camtu lah rasanya bila janji dari ke janji tak dapat ditunaikan. berita gembira yg aku dapt lagi, buku ke-2 bakal di pasaran tak lama lagi. alhamdulillah!


dari ofis Hijjaz, aku dan Azhar pergi pulak ke MIG jumpa  Mr.David & Jane. Kat Jane aku bagi 2 skrip telemovie penuh, Mahabbah Qalbi dan Cenderajiwa. aku bagi juga kat dia sinopsis projek khas (bersiri) : Sahmura Dastans dan 13 episode kisah dunia remaja metropolitan. tak tau lah sangkut ker tak. harap-harap semua mengena. Jane dengan aku memang sporting, dia suruh  Mimi tolong buatkan sinopsis, watak dan perwatakan untuk 2 telemovie yang dah siap skrip tu. Thanks Jane & Mimi. kalo nak suruh aku buat benda tu, tahun depan pun belum tentu siap. itulah kelemahan aku. tak reti buat sinopsis. ahaks!
sebelum bla dari MIG aku lepak dengan Azhar kat kedai minum sebaris ofis Mr.David tu, sama2 dengan  bebudak yang jadi crew Mantra ari tu dan Bob Ismail - sang director yg akan membawa karya Nyangkung aku ke layar perak. Thanks bro!. jujurnya idea cerita tu datang dari dia sendiri.


6.30 ptg - aku sampai umah terus lena. maklumlah dari semalamnya aku tak tidor lak.


8,43 mlm - Dakmie datang pulak, pulangkan dvd  tapi tak cukup lah.... kitaorang pi minum jap. sempat gak lah bincang2 pasai muzik. 9.45 mlm dia nak bla, sbb tgh busy job konsert Malam Maulidur Rasul di Teregganu bula 2 ni sama Rabbani. Rabbani? awat dorang tak citer pun dgn aku..... lupa lagi ker? atau sudah dilupakan? huhuhu..... ya allah, kabulkanlah setiap usaha murni aku dan mereka....

Monday, January 4, 2010

nafas3:MACAM NI JER KER????


kak Jannah call. kami bercerita perihal tentang rindu dan ingatan yang tak pernah putus pada orang yang kami kasihi lagi sayangi  Asri Ibrahim. sedar tak sedar dah 5 bulan, kami ditinggalkan - larut dalam kenangan. mmmm....entahlah cepat benar kau pergi.


sebelum tu aku lepak dengan Faizal. lama gak tak jumpa dia. Faizal ni aktif bekerja 3 in 1. dia uruskan cari orang kerja, dia boleh dapat tender kecil-kecilan macam paling baru tender tiang-tiang papan iklan. satu lagi dia buat MLM. rajin mamat ni. untung bini dia. paling baru malam tu dia kenalkan aku dengan produk baru MLM. katanya kajian daripada sorang profesor dari USM. dia janji nak bagi aku test produk tu sabtu depan. aku tunggu jer....


yang tu berlaku....lewat malam semalam (sabtu).


hari ahad tadi - aku bangun 6.30 ptg. mujurlah sempat solat asar. yer lah...dah tidornye 11 pg - siapkan skrip. aku tengok ada 11 sms kat hp. salah satunya dari Chill. katanya ada meeting pre-pro  skrip aku Petaka Ekor, esok (Isnin) jam 11 pg kat MIG. aku rasa tajuk tu cam tak best jer.... aku nak tukarlah! 


bila aku turun ke ruang tamu aku tengok ada adik aku sama bini dia. anak buah aku Aqil & Aqilah tengok jer aku turun, terus depa lari. "Lari....pak lang datang!". hahaha dorang ni memang takut kalo tengok aku bangun tidor. kata dorang macam rimau nak cari makan. betul ker? puas aku melayan kerenah anak buah aku ni sampai jam 9.20 mlm. lepas tu dorang balik lah ke gombak. adik aku Fendi sempat mintak aku doakan dia naik pangkat eksekutif. amin, moga termakbul. 


pas tu, aku cubalah layan Gelanggang Raja Lawak tapi aku tak gelak langsung tengok peserta tu. mb dorang masih gabra lagi kot. sebaliknya aku lebih gelak tengok jurinya - Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki.


11 mlm - aku call Emel ajak pi bank jap lepas tu pi minum sampai lah laaa ni.....kitaorang citer-citer yg sulit-sulit dikhabarkan kat umum. hahahahahah!


eh!Eh!Eh! cam tu jer hari ni masa aku dihabiskan.....apa nak jadik ni...????!
alasan aku : rehatkan minda. heheheheh

Saturday, January 2, 2010

nafas 2: TUHAN LINDUNGI AKU DARI MEMILIKI HATI SEBEGITU....


aku mendengar guru berkata,  lembut suaranya menggoncang seluruh ragaku.


"Sebesar-besar ujian bukanlah kelemahan atau kekurangan tetapi KELEBIHAN"


berapa ramai yang dilebihkan Tuhan dengan kuasa tetapi akhirnya menjadi zalim? betapa ramai yang Tuhan kurniakan kebijaksanaan tetapi akhirnya menjadi perosak? sangat ramai yang Tuhan tinggikan kedudukannya dengan kekayaan, kecantikan dan ketampanan menyebabkan dirinya bertambah hina. Begitulah seterusnya.... apabila kelebihan membungakan benih-benih hitam ke dalam hati  dan membawa si pemiliknya bertambah jauh untuk meletakkan dahi untuk bersujud pada Tuhan. 


mudah-mudah Tuhan melindungi aku dari memiliki hati yang sebegitu.


hari ni, abang sulung aku datang dari Melaka. tapi aku takdan jumpa dia siang tadi. 


aku dalam kerumitan menyiapkan naskah skrip terbaru. buntu. mungkin sebab aku terlalu ingin memberi dan aku mahu tiap babak yang aku tulis punya maknanya. tetapi aku lupa agaknya yang aku ni siapa? siapa aku nak menentukan semua itu ?! terlalu ajaib sangat ke aku ni sampai mahu membuat hati setiap penonton akan tersentuh?  kesannya hari ini hanya siap 2 scenes jer. bodohnya aku.....berasa demikian. tuhan maafkan aku. 


tunggu punya tunggu, abang aku tu keluar dari tengahari sampai ke pukul 10 mlm tak gak balik-balik. ayah suruh aku telefon. kuat betul naluri ayah aku ni. tup-tup dapat tahu rupanya kereta abang  rosak kat Doraisamy, K.L. 


hurmmmmm.... yang abang aku ni pun satu, naper lah tak call. sudahnya adik aku, mak dan ayah pergi jemput dia. sampai ke rumah, abang aku nampak letih sangat. kami sempat berbual-bual sikit. dia ajak aku tidur sebelah dia, kononnya nak berbual. tapi aku tahu dia penat. aku bagi dia trehat dulu. esok aku akan bual panjang dengan dia. ada cerita dari dia yang boleh buat skrip. ahaks! 


tapi aku nak siap kan skrip ni dulu!!!!!!  skrip yang takder watak hitam/jahat. aduh! mencabar gilerrrrrrr. cam maner lah aku nak mainkan mood skrip ni untuk naik dan terus naik!!!!!!!!!! tuhan tolong aku!!!

Friday, January 1, 2010

nafas 1: SATU PENGHARAPAN!



hurmmm.... dah pun tahun 2010. 


semoga tiap nafasku, hari-hariku dan hati nuraniku melewati 365 hari mendatang penuh erti, senyuman, bahagia dan mendidik aku menjadikan hidup dalam kemilauan.


tanda-tanda awalnya sudah kelihatan sedari 29 - 31 Disember 2009 dengan panggilan telefon dari Saw Theong Hin, Thorpe Ali, WakDi dan Jane. Semuanya membawa perkhabaran gembira untuk 2010. harap segalanya diperkenan dan dipermudahkan Tuhan. 


2010 - bermulalah satu fasa baru, dimensi baru dan episode baru dalam hidup ini.


Tuhan...berilah aku cintaku semula ....aku mohon.


aku persembahkan setitis rindu paling dalam dari seluas lautan cintaku dalam skrip filem 365 NAFAS yang sedang dalam proses penyempurnaanya saat ini.  


izini aku bernafas cinta kali ini!