Friday, January 1, 2010

nafas 1: SATU PENGHARAPAN!



hurmmm.... dah pun tahun 2010. 


semoga tiap nafasku, hari-hariku dan hati nuraniku melewati 365 hari mendatang penuh erti, senyuman, bahagia dan mendidik aku menjadikan hidup dalam kemilauan.


tanda-tanda awalnya sudah kelihatan sedari 29 - 31 Disember 2009 dengan panggilan telefon dari Saw Theong Hin, Thorpe Ali, WakDi dan Jane. Semuanya membawa perkhabaran gembira untuk 2010. harap segalanya diperkenan dan dipermudahkan Tuhan. 


2010 - bermulalah satu fasa baru, dimensi baru dan episode baru dalam hidup ini.


Tuhan...berilah aku cintaku semula ....aku mohon.


aku persembahkan setitis rindu paling dalam dari seluas lautan cintaku dalam skrip filem 365 NAFAS yang sedang dalam proses penyempurnaanya saat ini.  


izini aku bernafas cinta kali ini! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.