Monday, January 4, 2010

nafas3:MACAM NI JER KER????


kak Jannah call. kami bercerita perihal tentang rindu dan ingatan yang tak pernah putus pada orang yang kami kasihi lagi sayangi  Asri Ibrahim. sedar tak sedar dah 5 bulan, kami ditinggalkan - larut dalam kenangan. mmmm....entahlah cepat benar kau pergi.


sebelum tu aku lepak dengan Faizal. lama gak tak jumpa dia. Faizal ni aktif bekerja 3 in 1. dia uruskan cari orang kerja, dia boleh dapat tender kecil-kecilan macam paling baru tender tiang-tiang papan iklan. satu lagi dia buat MLM. rajin mamat ni. untung bini dia. paling baru malam tu dia kenalkan aku dengan produk baru MLM. katanya kajian daripada sorang profesor dari USM. dia janji nak bagi aku test produk tu sabtu depan. aku tunggu jer....


yang tu berlaku....lewat malam semalam (sabtu).


hari ahad tadi - aku bangun 6.30 ptg. mujurlah sempat solat asar. yer lah...dah tidornye 11 pg - siapkan skrip. aku tengok ada 11 sms kat hp. salah satunya dari Chill. katanya ada meeting pre-pro  skrip aku Petaka Ekor, esok (Isnin) jam 11 pg kat MIG. aku rasa tajuk tu cam tak best jer.... aku nak tukarlah! 


bila aku turun ke ruang tamu aku tengok ada adik aku sama bini dia. anak buah aku Aqil & Aqilah tengok jer aku turun, terus depa lari. "Lari....pak lang datang!". hahaha dorang ni memang takut kalo tengok aku bangun tidor. kata dorang macam rimau nak cari makan. betul ker? puas aku melayan kerenah anak buah aku ni sampai jam 9.20 mlm. lepas tu dorang balik lah ke gombak. adik aku Fendi sempat mintak aku doakan dia naik pangkat eksekutif. amin, moga termakbul. 


pas tu, aku cubalah layan Gelanggang Raja Lawak tapi aku tak gelak langsung tengok peserta tu. mb dorang masih gabra lagi kot. sebaliknya aku lebih gelak tengok jurinya - Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki.


11 mlm - aku call Emel ajak pi bank jap lepas tu pi minum sampai lah laaa ni.....kitaorang citer-citer yg sulit-sulit dikhabarkan kat umum. hahahahahah!


eh!Eh!Eh! cam tu jer hari ni masa aku dihabiskan.....apa nak jadik ni...????!
alasan aku : rehatkan minda. heheheheh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.