Saturday, January 2, 2010

nafas 2: TUHAN LINDUNGI AKU DARI MEMILIKI HATI SEBEGITU....


aku mendengar guru berkata,  lembut suaranya menggoncang seluruh ragaku.


"Sebesar-besar ujian bukanlah kelemahan atau kekurangan tetapi KELEBIHAN"


berapa ramai yang dilebihkan Tuhan dengan kuasa tetapi akhirnya menjadi zalim? betapa ramai yang Tuhan kurniakan kebijaksanaan tetapi akhirnya menjadi perosak? sangat ramai yang Tuhan tinggikan kedudukannya dengan kekayaan, kecantikan dan ketampanan menyebabkan dirinya bertambah hina. Begitulah seterusnya.... apabila kelebihan membungakan benih-benih hitam ke dalam hati  dan membawa si pemiliknya bertambah jauh untuk meletakkan dahi untuk bersujud pada Tuhan. 


mudah-mudah Tuhan melindungi aku dari memiliki hati yang sebegitu.


hari ni, abang sulung aku datang dari Melaka. tapi aku takdan jumpa dia siang tadi. 


aku dalam kerumitan menyiapkan naskah skrip terbaru. buntu. mungkin sebab aku terlalu ingin memberi dan aku mahu tiap babak yang aku tulis punya maknanya. tetapi aku lupa agaknya yang aku ni siapa? siapa aku nak menentukan semua itu ?! terlalu ajaib sangat ke aku ni sampai mahu membuat hati setiap penonton akan tersentuh?  kesannya hari ini hanya siap 2 scenes jer. bodohnya aku.....berasa demikian. tuhan maafkan aku. 


tunggu punya tunggu, abang aku tu keluar dari tengahari sampai ke pukul 10 mlm tak gak balik-balik. ayah suruh aku telefon. kuat betul naluri ayah aku ni. tup-tup dapat tahu rupanya kereta abang  rosak kat Doraisamy, K.L. 


hurmmmmm.... yang abang aku ni pun satu, naper lah tak call. sudahnya adik aku, mak dan ayah pergi jemput dia. sampai ke rumah, abang aku nampak letih sangat. kami sempat berbual-bual sikit. dia ajak aku tidur sebelah dia, kononnya nak berbual. tapi aku tahu dia penat. aku bagi dia trehat dulu. esok aku akan bual panjang dengan dia. ada cerita dari dia yang boleh buat skrip. ahaks! 


tapi aku nak siap kan skrip ni dulu!!!!!!  skrip yang takder watak hitam/jahat. aduh! mencabar gilerrrrrrr. cam maner lah aku nak mainkan mood skrip ni untuk naik dan terus naik!!!!!!!!!! tuhan tolong aku!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.